Konstantinopel : Kibaran Panji-panji AL-FATEH

Konstantinopel Kibaran Panji panji AL FATEH Nabi Muhammad SAW pernah berkata Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya ialah sebaik baik pasukan Ha

  • Title: Konstantinopel : Kibaran Panji-panji AL-FATEH
  • Author: Web Sutera
  • ISBN: 9789830974170
  • Page: 211
  • Format: Paperback
  • Nabi Muhammad SAW pernah berkata, Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya ialah sebaik baik pasukan Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal, dalam al Musnad Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing puing tinggalan kalonNabi Muhammad SAW pernah berkata, Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawahnya ialah sebaik baik pasukan Hadis Riwayat Ahmad bin Hanbal, dalam al Musnad Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke 7 Sebelum Masihi Nama asalnya ialah Byzantium Pelbagai pihak inginkannya Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Byzantine untuk berabad abad lamanya Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan kerajaan Eropah Lokasinya amat strategik Semenjak Rasulullah SAW berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya Wasiat beliau ditunaikan.Ini sebuah novel sejarah, perkisahan berkaitan kota Konstantinopel atau kemudiannya dikenali sebagai Istanbul sehingga sekarang Saya persembahkan dengan cara yang berlainan dari pendekatan novel novel sejarah lain yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu, insya Allah.Saya bahagikan plot novel ini dalam beberapa era Khulafa al Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, Kesultanan Saljuk dan Khalifah Uthmaniah.Sengaja saya perincikan sedemikian rupa justeru ianya selari dengan pendekatan pengkajian sejarah oleh penakluk dan pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad al Fateh Beliau dalam merancang strategi perang mengepung kota Konstantinopel selain kekuatan jiwa, munajat malam, nasihat penakluk rohani Syeikh Aaq Syamsuddin dan mengikuti tatacara Rasulullah SAW dengan mengkaji geografi dan usaha kepungan di semua zaman termasuk semasa hayat Nabi Allah yang mulia itu.Semua usaha yang menjurus kepada banyak peperangan itu adalah jejak jejak perintis jihad dalam misi menakluk Konstantinopel bagi memenuhi ramalan kenabian Rasulullah SAW Faktor kejayaan, kegagalan dan mehnah yang dihadapkan ke muka setiap Khalifah dan pemerintah kerajaan Islam dalam memimpin angkatan kepungan menjadi iktibar yang ditelaah dan ditaakul hebat oleh Sultan Muhammad II, Al Fateh bagi semua dunia dan umat Islam.

    • [PDF] Download Ä Konstantinopel : Kibaran Panji-panji AL-FATEH | by ☆ Web Sutera
      211 Web Sutera
    • thumbnail Title: [PDF] Download Ä Konstantinopel : Kibaran Panji-panji AL-FATEH | by ☆ Web Sutera
      Posted by:Web Sutera
      Published :2019-05-17T07:45:47+00:00

    1 thought on “Konstantinopel : Kibaran Panji-panji AL-FATEH”

    1. Alhamdulillah! Akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan saya terhadap novel yang ditulis oleh Tuan Web Sutera.Sebenarnya,memang niat saya untuk memulakan pembacaan novel yang bertajuk Konstantinopel : Kibaran Panji-panji AL-FATEH ini pada tahun 2014,sebagai sebahagian Cabaran Membaca 55 Buku Tiga Lima. Namun demikian,saya mengubah niat tersebut. Saya membuat keputusan untuk membacanya sebagai penutup tirai tahun 2013 yang akan tiba tidak lama lagi.Baiklah. Secara peribadi,saya merasakan nove [...]

    2. Dari buku inilah aku mula mengenali Sultan Muhammad Al-Fateh, aku mencari dan memcari kisah-kisah sejarah turkey sampai sekarang, masih membaca dan mengikuti perjalanan kerajaan turkey.Terima kasih pak web.👍🏻

    3. Novel ini, sebenarnya sudah lama saya beli, iaitu pada PBAKL'13 yang lalu. Melihat ketebalannya membuatkan saya sering menangguh untuk membacanya. Tambahan pula, novel sejarah bukan seperti novel cintan cintun yang boleh dibaca 'lompat si katak lompat' (langkau) Novel jenis ini perlu dibaca satu persatu dan adakalanya perlu diulang baca untuk difahami.Dalam konstantinopel; kibaran panji-panji Al-Fateh, penulis banyak menggunakan teknik 'flash back', namun begitu ia masih boleh difahami dengan je [...]

    4. Alhamdulillah berjaya menamatkan kisah panjang Kota Konstantinopel melalui novel yang tebal ini sebagai pembuka bacaan untuk tahun 2015.Saya yakin ramai yang tahu dan mengenali Istanbul tetapi tidak Konstantinopel.Apa@dimana Konstantinopel? Bila,berapa,bagaimana,siapa dan kenapa? Saya sendiri pun hanya ada sedikit pengetahuan sahaja untuk menjawab persoalan 5 W 1 H berkenaan Konstantinopel.InsyaAllah melalui pembacaan novel sejarah ini pada saya ianya padat dengan info baru yang dapat diketahui [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *